Tuesday, September 8, 2009

SEKADAR PANDANGAN...

Memandangkan isu Kad Minyak yang belum selesai,ramai dikalangan ahli dan bukan ahli mempertikaikan tentang program SVR ini.Bagi kami ianya adalah satu cabaran yang harus kita sama-sama hadapi.Berbagai spekulasi dan khabar yang dibawa oleh mereka-mereka yang kita tidak tahu dari mana sumber maklumat tersebut samada ianya sahih ataupun sebaliknya.
Kami dari NETWORK TEAM mengambil sikap terbuka dan berfikiran positif tentang isu ini. Walaupun isu kad minyak belum dapat diselesaikan,kami akan terus dengan mempromosi kad SVR yang boleh digunakan untuk shopping di Giant dan Kamdar.
Pihak syarikat sedang berusaha untuk membolehkan semua cawangan Kamdar dan Giant seluruh malaysia link dengan kad SVR.Buat masa ini diharap semua ahli bersabar kerana masalah ini pasti akan dapat diselesaikan.
Dengan kad SVR, ahli boleh membeli belah barang keperluan harian di Giant atau kamdar dan merchant yang terpilih lain sambil mengumpul point yang boleh di tunaikan dalam bentuk RM. Kami berpendapat,sesuatu yang "baru" sudah semestinya akan melalui pelbagai cabaran dan dugaan.
Andai ianya mudah dilakukan,telah sejak dulu lagi akan muncul berbagai-bagai program yang seumpama ini.SVR adalah "perintis" kepada program "Shopping Reward" dan kita perlu terima hakikat sesuatu yang "pioneer" sememangnya akan melalui berbagai rintangan dan halangan sebelum ianya dapat dijalankan dengan jayanya.
Kami menerima segala pandangan dan komen dari ahli dengan berfikiran terbuka.Anda berhak menyuarakan pandangan anda.Tetapi apakah kita meneliti dan menyelidiki dari mana sumber maklumat yang kita perolehi itu?Banyak maklumat yang diterima kadang-kadang kita sendiri pun tak tahu dari mana sumbernya.
Diharapkan semua ahli bersabar dan anggaplah ini salah satu cabaran dalam perniagaan.
Bagi kami..walau kad minyak belum dapat,kita ada lagi "produk" yang boleh di promosi.Janganlah sebagai contoh,masalah kekurangan gula dipasaran,maka pekedai akan tutup kedai dan akan menunggu gula ada kembali baru nak buka kedai....banyak lagi barang yang boleh dijual selain gula.
Tentang kad SVR yang terhad penggunaannya buat masa ini, insyaallah..dengan komitmen dan sokongan dari semua ahli,ianya akan dapat diatasi sedikit masa lagi.Lagipun apa salahnya kita kumpul dulu point yang ada dalam kad SVR tu dan tunaikan di Giant atau Kamdar yang berhampiran dengan ditempat kita bila masanya tiba nanti.
Penerangan yang jelas haruslah diberikan kepada ahli baru yang ingin menyertai program ini.Jangan menokok tambah perkara yang tiada.Contohnya: (Program SVR untuk Shopping.Belanja keperluan harian dan dapatkan rebet tunai!! Akan datang!! Gift Kad..boleh isi minyak dan dapat rebet!!!)Terpulang kepada mereka samada ingin menyertai atau pun tidak...
Pilihan ditangan masing-masing.Anda yang menentukan dan bebas samada mahu atau tidak.........
Tepuk dada tanya hati...

"Kejayaan tidak akan datang dengan begitu mudah...andai ianya mudah untuk dicapai,nescaya kita tidak akan menghargai KEJAYAAN itu"

2 comments:

ummi68 said...

Kalau ada black and white dari syarikat svr2u.com adalah lebih mudah dan selesa kan? Ini yang memberi penerangan ialah 3rd party. Dalam web syarikat tiada maklumat tentang status kad ini...kalau call, sila tunggu ialahjawapannya

Aziman Omar @ gman said...

pihak svr tidak akan mengumumkan jika perkara tersebut belum selesai.itu polisi sykt.disini hanya info update dari ahli yang ada link dengan informer dalam svr.

Post a Comment