Tuesday, December 15, 2009

Petronas Gift Card


Petronas telah bersetuju untuk mengeluarkan Kad Hadiah Petronas atau Petronas Gift Card (PGC) untuk kegunaan warga SVR. PGC ini akan dimuatkan didalam Dream Mall SVR (Mall Maya SVR) dan warga SVR diberikan opsyen untuk memilih PGC untuk kegunaan mereka.

Sila maklum bahawa Petronas tidak akan mengeluarkan sebarang rebet semasa warga SVR membuat penebusan dimana mana Stesen Servis Petronas. Sebaliknya rebet akan dikeluarkan pihak SVR sendiri.

Petronas mengenakan Terma & Syarat yang ketat berkaitan penggunaan PGC serta Terma & Syarat ini perlu dipatuhi kesemua warga SVR. Sekiranya terdapat warga SVR yang melanggar Terma & Syarat tersebut maka SVR tiada pilihan lain selain dari menamatkan keahlian warga SVR tersebut dengan serta merta tanpa sebarang pampasan!


Warga SVR diingatkan bahawa program SVR kepunyaan SVR sendiri dan PETRONAS tidak mempunyai sebarang hubungan / kaitan dengan program yang dianjurkan oleh pihak SVR!


Oleh itu warga SVR dilarang sama sekali dari menyalahgunakan harta intelek PETRONAS termasuk jenama, logo, gambar, perkataan dan sebagainya.
Larangan itu meliputi:

1. Penggunaan logo Petronas serta imej PGC didalam laman web mereka.
2. Mencetak risalah/flier menggunakan logo serta imej PGC.
3. Mempromosikan PGC dan bukannya program SVR.
4. Membuat sebarang promosi seperti membuka kaunter pendaftaran program SVR dan sebagainya di mana-mana premis PETRONAS termasuk Stesen Servis PETRONAS.

Kerjasama kesemua warga SVR diharapkan agar program SVR dapat diteruskan dengan jayanya dan tentunya ini akan memberikan keuntungan jangka panjang kepada kesemua warga SVR.

0 comments:

Post a Comment