Wednesday, March 17, 2010

PENGUMUMAN TERKINI DARI SVR INTERNATIONAL

Laman Web


Thursday, 04 March 2010 02:20

Sila maklum bahawa laman web SVR - www.svr2u.com Terdapat banyak laman web yang menggunakan jenama SVR dan ini telah mengelirukan bukan sahaja warga SVR tetapi juga mereka yang ingin menyertai program SVR. Maklumbalas yang SVR terima terdapat ramai rakyat Malaysia yang telah melayari laman web lain yang menggunakan jenama SVR untuk mendaftar serta membuat pembayaran tetapi sehingga hari ini mendapati nama mereka tidak tersenarai didalam pengkalan data SVR. Ini bermakna mereka tidak terima sebarang kad dari SVR, dan usaha untuk menghubungi nombor talian didalam laman web tersebut nyata gagal!



Terkini terdapat satu laman web yang nyata bukan milik SVR iaitu svr2u.com.my dimana pemiliknya Fadil & Norhisham Mohd Rashid dan perniagaannya tiada kaitan langsung dengan program SVR. Warga SVR diminta jangan terpedaya dengan laman web ini.


Baucar TESCO


Friday, 05 March 2010 13:23

Mulai hari Isnin 8 Mac 2010 warga SVR boleh menebus Baucar TESCO melalui Dream Mall atau dari Ibu Pejabat SVR. Sila tunggu pengumuman seterusnya.



Home News Latest Announcement Penebusan di Giant Penebusan di Giant


Saturday, 06 March 2010 05:56

Sekiranya warga SVR mengalami sebarang masalah semasa membuat penebusan untuk baucar Giant dimana-mana premis Giant, pastikan anda mendapatkan maklumat terperinci mengenai permasaalahan tersebut serta juga rekodkan nama petugas Giant berkenaan dan panjangkan maklumat tersebut ke Ibu Pejabat SVR dengan kadar segera.

SVR telah terima beberapa maklumbalas dari SVR dimana mereka menghadapi masalah semasa membuat penebusan di Giant. Malangnya tiada maklumat terperinci diberikan. Ini pastinya merumitkan tugas SVR untuk membuat aduan kepada Giant agar perkara yang sama tidak berulang. Contohnya pada hari Jumaat 5 Mac 2010, seorang warga SVR telah pergi ke Giant Prima Saujana untuk menebus baucar Giant dan beliau dimaklumkan bahawa tiada baucar di premis tersebut. Maklumat ini disampaikan ke Ibu pejabat SVR dan SVR menghubungi Giant serta merta. Maklumbalas yang diterima dari Giant bahawa baucar bernilai RM 50 tiada stok dan yang ada hanya baucar bernilai RM 5 sahaja. Didalam perkara ini oleh kerana tiada maklumat terperinci diberikan agak sukar bagi SVR untuk memastikan kesahihan penjelasan Giant.



Diharapkan agar warga SVR dapat memberikan kejasama didalam perkara seperti ini yang mana ianya akan memantapkan lagi program SVR.


Baucar Carrefour


Wednesday, 17 March 2010 01:45

Mulai 16 Mac 2010 warga SVR boleh menebus baucar Carrefour melalui Dream Mall atau dari Ibu Pejabat SVR. Setiap baucar bernilai RM 50. Baucar tersebut boleh digunakan dimana-mana premis Carrefour.


Maklumat Terkini SVR


Wednesday, 17 March 2010 08:54

Warga SVR disarankan untuk melayari laman web SVR bertujuan mendapatkan maklumat terkini mengenai program SVR. Kami telah mendapat banyak panggilan serta email dimana warga SVR bertanyakan maklumat terkini mengenai SVR. Bagi memastikan bahawa anda mendapat maklumat terkini sila layari laman web SVR www.svr2u.com dan ikut prosedur seperti berikut:



1. Click Login to My Account

2. Key-in User ID

3. Key-in Password



Anda akan melihat PENGUMUMAN



Click pada icon, "sila click disini" dan kesemua maklumat terkini dipaparkan disini.



Sila maklum maklumat yang terdapat disini khas untuk warga SVR sahaja. Ini termasuk senarai nama penerima Gift Card dan Gold Card yang gagal dihantar kerana penerima tiada dirumah dan walaupun Pos Malaysia tinggalkan Kad Pemberitahuan untuk penerima mengambilnya dari Pejabat Pos namum warga SVR gagal berbuat demikian. SVR menerima banyak maklumbalas dari warga SVR yang menyatakan mereka tidak menerima Gift Card serta Gold Card sedangkan mereka tidak mengambil inisiatif untuk pergi kePejabat Pos untuk mengambil Gift Card serta Gold Card yang telah dibuat penghantaran berdasarkan Kad Pemberitahuan dari Pejabat Pos.



Untuk makluman terdapat juga warga SVR yang key-in alamat yang tidak lengkap atau salah alamat.



Adalah disarankan agar warga SVR memastikan bahawa setiap data yang dikey-in tepat agar tiada masalah mengenai penghantaran Gift Card dan Gold Card.





Menfaat Tambahan Pelan B


16/3/2010

Bertujuan untuk memberikan lebih menfaat kepada warga SVR terutamanya melalui Pelan B maka pengurusan SVR telah membuat keputusan untuk mengambil inisiatif-inisiatif seperti berikut:





1.Mulai 1 Februari 2010 bagi setiap "activation" AM baru yang anda buat dan juga penebusan Gift Card (khasnya bagi warga SVR yang belum lagi membuat penebusan Gift Card) melalui Dream Mall maka SVR menguntukkan RM 5 yang mana akan dimasukkan kedalam Pelan B kumpulan anda. Perkiraan ini akan dibuat mulai akhir bulan Mac dan juga pada bulan-bulan seterusnya. Ini merupakan insentif bagi warga SVR untuk terus membuat pendaftaran AM baru.

2.Bermula 1 Mac 2010 SVR menguntukkan RM 1 dari RM 18 Maintenance untuk Pelan B kumpulan anda. Selain dari itu pusingan atau cycle akan ditambah dari 4 ke 5 kali setiap bulan.

3.Sebagai langkah untuk memberikan dorongan kepada AM untuk menjadi UM didalam masa yang singkat maka mulai 21 Mac 2010 kesemua AM hanya perlu mencapai sekurangnya 50 AM baru( kumpulan ) bagi membolehkan anda bagi kenaikkan pangkat ke UM. Anda disarankan untuk tidak melepaskan peluang ini.



Plan B Shopping


11/3/2010

Sistem akan mula beroperasi didalam masa terdekat untuk membolehkan warga SVR membuat urusan seperti biasa. Sila maklum bahawa HANYA maklumat ewallet tidak tepat kerana SVR sedang membuat audit keatas perkiraan ewallet tersebut memandangkan ada beberapa data yang perlu dibuat semakan secara terperinci.



SVR sedang berusaha untuk memastikan bahawa kesemua maklumat termasuk ewallet akan dapat dipaparkan secepat mungkin dan sasaran kami pada hari ini.



SVR ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi penghargaan kepada warga SVR kerana kesabaran anda menunggu maklumat Plan B Shopping kali ini.

0 comments:

Post a Comment