Tuesday, December 22, 2009

Pengumuman SVR 22/12/2009

Harga Petronas Gift Card (PGC)


Warga SVR yang berminat untuk membeli Petronas Gift Card sila layari laman web SVR dan membuat tempahan PGC anda didalam Dream Mall SVR.


Harga PGC RM 65 dimana RM 50 akan dikreditkan kedalam PGC bagi membolehkan anda membuat penebusan dimana mana Stesen Servis Petronas, RM 5 dimasukkan kedalam sistem dimana anda dapat berkongsi dengan warga SVR didalam kumpulan anda, sementara RM 10 untuk kos pentadbiran serta penghantaran.


Sila maklum bahawa melalui sistem SVR potongan 10% dari pendapatan anda atau maksima RM 200 sebulan akan dikreditkan kedalam PGC anda. Selain dari itu anda juga boleh membuat pra-bayar (top-up) tambahan sepertimana yang anda perlukan dimana mana Stesen Servis Petronas. Tidak ada had dikenakan untuk pra-bayar tersebut. Anda juga akan menikmati rebet sewaktu membuat pra-bayar tersebut.


Bagi mengelakkan sebarang masalah penghantaran pastikan bahawa alamat anda tepat dan dikemaskini.





Harga Baru Pakej SVR


Sila maklum bahawa mulai 16 Disember 2009 harga pakej SVR adalah RM 188 (Malaysia Barat) dan RM 198 (Malaysia Timur). Pastikan anda mematuhi harga baru ini.



Kegunaan Kad SVR


Warga SVR diingatkan bahawa anda hanya boleh membuat penebusan dengan menggunakan kad SVR anda sendiri dimana mana Pusat Penebusan SVR (Privilege Redemption Centre). Semasa membuat penebusan anda perlu memasukan (key-in) kata laluan (password) diterminal dan seterusnya tanda tangan dislip yang dikeluarkan. Sila pastikan bahawa tanda tangan anda sama seperti dikad Gold SVR anda.


Langkah keselamatan ini perlu dikuatkuasa bagi mengelak sebarang permasalahan berkaitan penggunaan kad anda serta akaun anda. Kesemua Pusat Penebusan SVR telah dimaklumkan bahawa mereka berhak untuk tidak membenarkan warga SVR membuat sebarang penebusan untuk pemegang kad SVR lain.

0 comments:

Post a Comment