Friday, December 25, 2009

Ramai yang masih keliru dengan fungsi kegunaan Gold Kad dan Gift Kad .Untuk makluman semua,Gold Kad dan Gift Kad digunakan untuk menggantikan Wang Tunai.(Macam Kad Kredit / Debit Kad).
Untuk menggunakan Gift Kad/Gold Kad,anda mestilah mempunyai "kredit" didalam Kad tersebut.
Bagaimana untuk dapatkan kredit?
1-Untuk dapatkan Kredit dalam Gold Kad/Gift,salah satu caranya adalah dengan membuat penajaan ahli baru dibawah anda. Dengan cara ini,anda akan memperolehi Bonus Tajaan.Bonus tajaan ini kemudian akan dibahagi-bahagikan mengikut peratusnya kedalam setiap Kad anda(Gift Kad/Gold Kad)
Sila rujuk pembahagian bonus di posting yang terdahulu.
2-Dengan cara tambah nilai (Topup)
Ahli juga boleh menambah nilai kredit dalam Gold Kad dengan cara Bank In ke akaun Syarikat.Sila rujuk posting "topup procedure" di post yang lalu.
Pihak SVR juga sedang mempertimbangkan untuk mencari kaedah lain cara topup Gold Kad pada masa akan datang.
3-Untuk Gift Kad,ahli boleh terus "topup" Gift Kad dikaunter Stesen Minyak yang berkenaan. Bila kredit telah habis/berkurangan,ahli boleh ke kaunter Stesyen Petronas untuk tambah nilai kad Gift anda.

Cara guna Gift / Gold Kad.
1-untuk Gold Kad,buat masa ini hanya Giant,Kamdar dan beberapa merchant terpilih sahaja boleh swep terus dikaunter. Nantikan pengumuman dari SVR.
Untuk Gold Kad,semasa pembayaran ahli diminta serahkan kad Gold dikaunter pembayaran.Bila kad telah disahkan,sila masukkan no pin anda.(No pin adalah 6 angka terakhir no IC anda).
Kemudian ahli diminta tandatangan pada resit pembayaran.(Pastikan tandatangan anda adalah sama seperti pada Gold Kad).Selesai...

2-Untuk Gift Kad pula, ahli yang ingin mengisi minyak,hendaklah menggunakan terminal yang menggunakan kad. Hanya perlu masukkan kad dipam.Bila kad sudah disahkan,barulah isi minyak.(Akan diupdate cara ini kerana semasa menggunakan smartpay dulu, ahli diminta tekan angka"0").

Diharap semua ahli faham dan tidak keliru dengan fungsi Gift Kad ini. Ianya  bukan seperti Kad "Real Reward,Bonus Link atau Kad Mesra" yang digunakan bersama wang tunai dan disertakan bersama untuk menuntut point. Ianya sama seperti menggunakan Kad Kredit atau Kad Debit yang tidak memerlukan wang tunai semasa transaksi di merchant yang menyertai SVR.
Dengan kaedah ini,ahli dididik supaya berbelanja dengan berhemah dan membuat perancangan tentang perbelanjaan dimasa akan datang.
Sebagai contoh,jika setiap bulan perbelanjaan barangan dapur kita adalah purata RM500,ahli boleh Bank in ke SVR RM500 untuk di topup kedalam Gold Kad untuk berbelanja di Giant.Dengan ini perbelanjaan kita adalah terkawal.
Begitu juga dengan Gift Kad.jika setiap bulan perbelanjaan petrol kita purata dalah RM300,maka setiap awal bulan,kita boleh topup di kaunter Petronas RM300 didalam Gift Kad untuk kegunaan selama sebulan.
Jadi segala perbelanjaan kita adalah terancang ini dapat mengelakkan dari "over bajet".Disamping itu juga,ahli akan menikmati rebet dari perbelanjaan yang digunakan setiap hari.(Rebet adalah berbeza untuk setiap merchant dan untuk Gift Kad,rebet dibayar oleh SVR dan bukannya Petronas)
Itu lah yang di namakan "PENGGUNA YANG BIJAK"

0 comments:

Post a Comment