Friday, December 25, 2009

Pengumuman SVR 25/12/2009

Gift Card (GC)


SVR telah mula mengirimkan Gift Card yang warga SVR telah membuat penebusan melalui Dream Mall berdasarkan alamat yang terdapat didalam profil anda. Pastikan anda telah mengemaskini alamat anda. Sekiranya Gift Card anda dipulangkan ke Ibu Pejabat SVR kerana tidak dapat disampaikan kepada anda, maka SVR akan menghubungi anda untuk mendapatkan alamat yang tepat. Jika penghantaran kedua dibuat dan sekali lagi Gift Card tidak dapat disampaikan SVR akan mengenakan bayaran RM 30 untuk penghantaran seterusnya.

Warga SVR dinasihatkan untuk mengemaskini alamat mereka dan sekiranya tiada orang di rumah sewaktu Pos Malaysia membuat penghantaran dan Pos Malaysia meninggalkan kad untuk mengambil Gift Card dari Pejabat Pos berhampiran pastikan anda berbuat demikian kerana SVR tidak bertanggung jawab sekiranya anda tidak menerima Gift Card tersebut. Kerjasama warga SVR diperlukan bagi memastikan bahawa anda menerima Gift Card yang anda telah tebus untuk kegunaan anda.




Top-up


Warga SVR yang membuat top-up dimana mana Stesen Servis sila pastikan anda menyimpan resit jumlah top-up yang anda buat. Ini bertujuan memastikan terdapat rekod mengenai transaksi yang anda telah lakukan sekiranya terdapat sebarang masalah nanti.


Sekiranya warga SVR menghadapi sebarang masalah untuk membuat top-up dimana mana Stesen Servis sila maklumkan terus keIbu Pejabat SVR agar tindakan susulan dapat diambil bagi memastikan ianya dapat diselesaikan dengan kadar segera.



0 comments:

Post a Comment